Penceramah
Dikendalikan secara profesional oleh sekumpulan tenaga-tenaga muda yang berbakatbesar dan mempunyai kemahiran yang tinggi dan di iktiraf. Berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang pendidikan, latihan, motivasi, pengurusan, serta berkhidmat dalam beberapa NGO dan pembangunan korporat. dan mengendalikan program motivasi dan latihan di sekolah,
Institusi Pendidikan Tinggi dan korporat sekitar negeri Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Perak, Terengganu, kelantan, Pulau pinang, Melaka, dan Putrajaya.
1. Mohd Shah Bin Md Dadi
2. Hasrizan Bin Harin
3. Mohd Zul Hifdzi bin Mohd Nasir
4. Mohd Hasni Bin Mohd Adam
5. Ust. Faaiz fauzi Bin Mohd Fauzi
6. Abd gahaffar bin Awang @Jantan
7. Muhammad Hasyiq Bin Abd Samad
8. Wardi Bin Ajmain
9. Mohd Fariz
10. Md Riduan Othman
11. Mohd Shahrul
12. Muhamad Khairul Aizat
Cawangan Melaka
- Ust. Mohd Hanuar Bin Mohd Talib
- NorAzlin Binti Jaliluddin
Cawangan Kajang
1. Prof Madya Dr Rozmi Bin Ismail
2. Ust. Mohd Nazri Bin Mat Yasin
3. Ust. Muhammad Ajmain
4. Mohd Harizan Bin Mohd Ajis

MOHD SHAH BIN MD DADI
Pengerusi Vision Group
Mohr Shah Bin Md Dadi berasal dari Felda Adela, Kota Tinggi Johor adalah merupakan Pengarah Urusan di Vision Consultant, dan Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Vision
Beliau memulakan pengajian di SMK Felda Adela dan melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah muda di Universiti Utara Malaysia dalam bidang Pengurusan Perniagaan (major kewangan).
Di dalam Bidang Motivasi, beliau telah berjinak-jinak dalam bidang motivasi semenjak di bangku sekolah lagi iaitu tahun 1996 lagi. Oleh sebab minat yang begitu mendalam dalam diri, beliau terus bekerja dengan Kesumart Malaysia, iaitu syarikat motivasi dan latihan setelah tamat pengajian Ijazah pertamanya.
Oleh kerana menyedari bakat yang ada di dalam dirinya, beliau menubuhkan BBesst Training and Consultantcy bersama seorang lagi sahabat. Pada tahun 2008, Beliau dijemput oleh Vision Consultant untuk bergabung tenaga dalam bidang latihan dan telah dilantik menjadi pengarah urusan Vision Consultant, iaitu salah satu syarikat di dalam Vision Group.
Antara pengalaman dan kemahiran beliau adalah beliau adalah konsultan bertauliah dari PSMB dan beliau banyak membantu syarikat, jabatan kerajaan mahupun pihak sekolah dalam bidang latihan. Antara Jabatan dan Syarikat adalah seperti FELDA, Jabatan Pertanian, Kementerian Penerangan, KEJORA, Jabatan Agama, Clay Tan, Sekolah-sekolah di Singapura dan lain-lain lagi
Antara Kursus yang dikendalikan oleh beliau adalah motivasi dan teambuilding, keusahawanan, kepimpinan, pengurusan stress, motivasi pelajar, perkhemahan dan lain-lain.

HASRIZAN BIN HARIN
Timbalan Pengerusi Vision Group
Pengalaman di dalam bidang konsultan dan latihan selama 11 tahun.
Kerjaya bermula dari bawah sehingga dilantik menjadi Pengarah Eksekutif Vision Consultant
Pengalaman kerjaya lalu: mendapatkan program-program untuk syarikat latihan lama sebanyak hampir 400 ribu setahun. Berpengalaman dalam menjadi penyedia latihan dalam semua jenis latihan kepada semua sektor industri dan jabatan kerajaan.

MOHD ZUL HIFDZI BIN MOHD NASIR
Pengarah Operasi Vision Consultant
Mohd Zul Hifdzi Bin Mohd Nasir ialah Pengarah Operasi di Vision Consultant Sdn Bhd. Beliau dilahirkan di Johor Bahru dan sekarang sudah berkahwin dan memiliki 2 orang anak. mendapat pendidikan di SMK Agama Johor Bahru dan melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia dalam bidang Teknologi Industri. Selepas mendapat Ijazah pertama, beliau bekerja di Shimano dan juga di Wheels Electronic Mfg Sdn Bhd sebagai seorang Jurutera Kualiti.
Di dalam bidang latihan, beliau mula-mula melibatkan diri semasa bekerja dengan AMMG Training Services sebagai fasilitator. Kemudian dengan niat untuk melibatkan diri dalam bidang latihan, beliau bersama-sama 2 lagi rakannya menubuhkan Vision Consultant pada tahun 2003. Kemudian beliau behenti bekerja daripada pekerjaan jurutera dan melibatkan diri dalam bidang latihan secara sepenuh masa. Kini, beliau juga menjadi Ahli Lembaga Pengarah bagi Kumpulan Vision dan juga menjadi pengarah Zulfa Motor iaitu perniagaan penyewaan kenderaan dan membawa pelancong.
Di dalam bidang latihan, beliau adalah jurulatih bertauliah dari Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) (no sijil TTT/6469). Beliau juga berkemahiran dalam tajuk-tajuk seperti motivasi dan teambuiding, Motivasi Keusahawanan, Penyeliaan berkesan, Clerical / non clerical development programme, Motivasi Pelajar, dan Teknik Ingatan Kreatif.
Antara pengalaman beliau adalah membuat kursus di serata Malaysia dan juga untuk warga Singapura termasuk jabatan kerajaan dan swasta. Antara Jabatan yang pernah mengikuti program bersama beliau adalah seperti KEMAS, Jabatan Pertanian, KKLW, Pejabat Pembangunan Negeri, Jabatan Agama Johor, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, UTHM, UTM, GIANT, Perwaja Steel, Cameron International, dan banyak lagi.
Di samping bekerja dan menyara keluarga, kini beliau juga sedang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dalam bidang psikologi (Pembangunan Manusia) di Universiti Kebangsaan Malaysia.

USTAZ MOHD HANUAR BIN MOHD TALIB
Pengarah Eksekutif Vision Consultant
Beliau merupakan Pengarah Eksekutif di Vision Consultant Sdn Bhd Berasal dari Pasir Gudang adalah seorang yang memiliki perwatakan yang menarik. Beliau mendapat pendidikan awal di Sek. Men. Pasir Gudang 1 dan kemudian melanjutkan pelajaran ke Institut Profesional Yayasan Pelajaran Johor ( YPJ ) di dalam bidang perniagaan. Kemudian beliau juga mengambil Diploma dalam Bidang Rawatan Alternatif menggunakan air iaitu Diploma PyraCosmic Studies.
Mula melibatkan diri dibidang motivasi semenjak tahun 1998 lagi. Memulakan kerjaya sebagai Setiausaha Eksekutif di pejabat Jamaah Islah Malaysia Negeri Johor. Seterusnya menjawat jawatan Pengurus Besar di AMMG Training Services dan pada 2003 dilantik sebagai Pengarah di Kesumart Malaysia dan kini beliau merupakan pemilik bersama merangkap Pengarah Eksekutif di VISION CONSULTANT SDN BHD yang terlibat secara langsung di dalam pembangunan minda dan sahsiah masyarakat. Kini beliau juga menerajui MEPS Consultant iaitu berpusat di Melaka.
Di antara pengalaman dibidang motivasi ini telah melatih hampir 10,000 orang peserta yang terdiri dari kakitangan kerajaan, badan-badan swasta seperti Rumahku Surgaku Jabatan Ketua Menteri Melaka, Mahkamah Melaka, Institut Intergriti Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Jabatan kesihatan Melaka, Pusat Latihan khidmat Negara (Kem Warisan Melaka),INSPIM ,Jabatan Agama Islam Negeri Melaka dan Johor, LPPKN Negeri Melaka, JASA Negeri Melaka, KEMAS Negeri Johor dan Melaka, PETRONAS Kuala Lumpur, Jabatan Pembangunan Persekutuan Putrajaya, Jabatan Perikanan Malaysia, sekolah-sekolah Daerah Kota Tinggi, Pasir Gudang, Pontian, Johor Bahru sehinggalah ke Aceh Indonesia, Kelantan, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu, Selangor dan Sabah.
Diantara aktiviti yang dikendalikan oleh beliau adalah seperti Motivasi dan Teambuilding , program keusahawanan program pembangunan minda pelajar, kuliah-kuliah, Qiamullalil, Forum perdana dan aktiviti luaran.

MOHD HASNI BIN MOHD ADAM
Mohd Hasni Bin Mohd Adam merupakan salah seorang lulusan graduan yang telah menamatkan pengajiannya dari Universiti Teknologi Malaysia dalam bidang ‘ Mechanical Engineering’ pada tahun 1992.
Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam industri pengilangan elektronik selama hampir 20 tahun di KENWOOD TECHNOLOGIES (M) SDN BHD.
Di sepanjang kariarnya, beliau terlibat secara langsung dengan TPM, TQM, 5S, ISO, OEE, QCC, KPI, PPM, Poka Yoke, KAIZEN, OTIF Innovation Projek dan lain-lain lagi. Mula melibatkan diri dalam bidang latihan semenjak dari kerjayanya di dalam Kenwood. Oleh kerana minat yang mendalam dalam bidang latihan, beliau menceburkan diri secara serius dengan berhenti kerja di Kenwood dan menumpukan sepenuh perhatian pada kerjaya sebagai seorang perunding latihan. Antara badan kerajaan dan swasta yang terlibat dalam program bersama beliau yang terkini adalah seperti Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Alam Ikatan, Guang Heng Plastics, Jabatan Agama Johor dan lain-lain lagi.

USTAZ FAAIZ FAUZI BIN MOHD FAUZI
En. Faaiz Fauzi Bin Mohd Fauzi merupakan Pengarah Latihan di syarikat ini. Berpengalaman dan berkemahiran di dalam bidang motivasi dan latihan ini sejak 1998. Kepakaran beliau adalah di dalam bidang keusahawanan dan pemasaran, motivasi pelajar, teambuilding badan-badan korporat, Kursus Teknik Ingatan Kreatif dan Kem Ibadah. Beliau turut menjadi instruktor J-Robik dan senam robik selain mengajar komputer, Arithmetik Mental (Sempoa) dan Al Quran untuk dewasa dan kanak-kanak. SPACE UTM telah melantik beliau sebagai Pakar Motivasi untuk Teknik Ingatan Kreatif dan MEPS Camp Adventure. Graduan Kolej Islam Melaka di dalam bidang Dakwah dan Pembangunan Sumber Manusia ini sering diundang untuk menyampaikan ceramah. Antara badan kerajaan dan korporat yang menggunakan khidmat beliau adalah seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Alam Ikatan S/B, dan juga menjadi panel penceramah kepada syarikat konsultan lain seperti Saidina Smart Consultancy dan lain-lain.

MUHAMMAD HASYIQ BIN ABD SAMAD
En Muhammad Hasyiq adalah antara penceramah hebat di dalam Vision Consultant. Beliau adalah anak jati Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi, Johor. Memiliki pendidikan Diploma di dalam Pelancongan dan menyambung pelajaran pada peringkat Sarjana Muda dalam Kursus Kaunseling di Universiti Malaya. Terlibat di dalam program motivasi sejak dari tahun 2005 lagi. Sekarang merupakan antara penceramah utama di dalam Vision Consultant kerana kemahiran dan pengalaman beliau dalam mengendalikan kursus-kursus seperti kursus motivasi pelajar, teknik belajar, kepimpinan, PRS dan lain-lain lagi.
Penceramah-penceramah lain
|

MOHD RIDUAN BIN OTHMAN
|

MOHD SHAHRUL
|

MOHD WARDI BIN AJMAIN
|
|

MOHD FARIZ BIN HJ MISRAP
|

MUHAMAD KHAIRUL AIZAT
|

MOHD HARIZAN BIN MOHD AJIS
|
|

UST. MUHAMMAD AJMAIN
|

UST. MOHD NAZRI BIN MAT YASIN
|

ABD GAHAFFAR BIN AWANG @ JANTAN
|