KEM CUTI SEKOLAH SEPTEMBER 2014


 

Assalamualaikum wbt Didoakan semua ceria-ceria sahaja.. Apa aktiviti anak-anak tuan/puan waktu cuti sekolah September nanti? 😉 Apa kata hantarkan anak tuan/puan ke kem cuti sekolah kami

 

 

program cuti sekolah september 2014

 

 

LIHAT promo kami di dalam Rancangan TV1

 

rujuk pada lama web facebook kami www.facebook.com/kursuscutisekolah untuk melihat keterangan dan brosur. sila hubungi kami untuk mendaftar. PENDAFTARAN ADALAH TERHAD. SIAPA CEPAT DIA DAPAT!! BIARLAH ANAK-ANAK TUAN PUAN MENDAPAT PENGISIAN YANG BERGUNA SEMASA CUTI SEKOLAH NANTI. Antara Pengisian yang akan dijalankan

SLOT KEIBUBAPAAN

 

Perkongsian kepada para ibu bapa tentang isu pengorbanan, hadith Rasulullah SAW berkenaan pendidikan anak-anak, psikologi anak lelaki dan anak perempuan, bagaimana membantu anak-anak dalam proses pembelajaran mereka dan sebagainya.

BIJAK BISNES

 

 

 

 

cilikbistari02DSC03988_800x600 DSC04016_800x600Permainan Cilik Bistari akan mendidik anak-anak anda untuk minat terhadap dunia perniagaan. Ini akan menjadikan mereka berjiwa usahawan semenjak di usia remaja lagi. Anak-anak yang berjiwa usahawan akan sentiasa pantas, rajin, merebut peluang, dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

SMART SOLAT

 

 

 

DSC03905_800x600

 

Slot berkongsi tentang kebaikan solat dari segi Sains bermula dari berwudu’ hingga ke akhir solat. Pelbagai kajian telah dilakukan untuk membuktikan bahawa ibadah solat akan membawa kebaikan kepada pelakunya. Walaupun Solat itu dikerjakan dengan niat kerana Allah Taala, tetapi kebaikan solat akan kembali kepada sesiapa yang melakukannya.

FIREBALL

 

 

bola api 3 bola api 2

Anak-anak anda memiliki sifat penakut yang melampau? Hantarkan ke kem kami kerana kami ada modul meningkatkan keyakinan dan keberanian diri. Lihat sahajalah apa yang ditunjukkan dalam gambar di atas. Mudah-mudahakan selepas kem, anak anda akan menjadi hebat dan berani dalam kebenaran kerana Manusia ini sememangnya hebat. Ini merujuk kepada surah Al-Tiin ayat ke -4 yang bermaksud ” Allah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian” Oleh sebab itu, ada rahsia disebalik aktiviti yang akan dirungkaikan oleh kami. InshaAllah selamat.

BIJAK BELAJARSlot teknik belajar berkesan di dalam kelas. Antara pengisian yang akan dimasukkan di dalam slot ini ialah 1. Teknik memberi tumpuan. 2. Teknik merangsang guru untuk mengajar. 3. Teknik menulis nota.
TEKNIK INGATAN KREATIFTeknik ini diadun oleh kami sendiri dengan menggunakan pelbagai teknik yang popular seperti Imaginasi, Novel, Gambaran, Akronim, Tanda tanya, Akoustik, dan Nota kecil. Pengalaman kami, budak darjah 6 yang terkebelakang di dalam kelas juga mampu mengingat 20 perkataan dalam beberapa minit sahaja!!!.
BACAAN YAASIN DAN AL-MA’THURAT
Para peserta akan didedahkan dengan bacaan surah Yaasin dan bacaan Al-Ma’thurat yang baik untuk diamalkan waktu pagi dan waktu petang.

ATURCARA KEM SMART 3A (Akidah, Akhlak, Akademik) {Cuti Sekolah SEPTEMBER 2014}

Hari pertama

09.00 – 10.30 pg     Pendaftaran pelajar / taklimat

10.30 – 12.30 tgh    Marilah berkasih sayang

12.30 – 2.00 tgh      Makan tengahari, Solat Zohor

2.00 – 4.30 ptg       Smart Learning / Bijak Belajar

04.30 – 05.00 ptg   Solat Asar

05.00 – 06.30 ptg    Malaysia Cergas

06.30 – 07.15 ptg    Makan /Tadbir Diri

07.15 – 09.00 mlm   Solat Maghrib, Smart Solat dan Solat Isya’

09.00 – 10.30 mlm  Team Power

10.30 – 11.00 mlm  Minum Malam

11.00 – 12.00 mlm  Fire Ball

12.00 mlm               Sweet Dream

Hari kedua

05.00 – 05.30 pagi    Bangun Dan Tadbir Diri

05.30 – 07.00 pagi    Solat Subuh Dan Kuliah Subuh

07.00 – 08.00 pagi    Malaysia Cergas

8.00 – 8.30 pagi        Sarapan pagi

08.30 – 10.30 pagi    Aktiviti Outdoor

10.30 – 11.00 pagi    Minum pagi

11.00 – 12.30 petang Aktiviti Outdoor

12.30 – 02.00 petang Makan Tengahari / solat Zohor

02.00 – 04.30 petang Bijak Niaga

04.30 – 05.15 petang “Sollu!!!!!!”

05.15 – 06.30 petang War Game

06.30 – 07.15 malam Emmm sedapnya….

07.15 – 09.00 malam Solat, Yaasin, Al-Ma’thurat & Solat Isyak

09.00 – 10.30 malam Mental Warrior

10.30 – 11.00 malam Minum Malam

11.00 – 12.30 malam Muhasabah diri

12.30 malam              Sentuhan embun

Hari Ketiga

05.00 – 05.30 pagi     Bangun Dan Tadbir Diri

05.00 – 07.00 pagi     Qiamullail, Solat Dan Bacaan Al-Ma’thurat

07.00 – 08.00 pagi     Malaysia Cergas

08.00 – 08.30 pagi     Sarapan pagi

08.30 – 10.00 pagi     Peta Minda

10.00 – 10.30 pagi      Solat Dhuha

10.30 – 12.00 t/hari    Keibubapaan Cemerlang, penutup

12.30  tengahari         Majlis Bersurai

UNTUK MENDAFTAR SILA ISI BORANG PENDAFTARAN DI BAWAH

[123-contact-form i583074]
Bayaran deposit RM90 seorang adalah diperlukan untuk memastikan tempat peserta dalam kem ini.Bayaran boleh dibuat kepada akaun1. MAYBANK : FAIZAH KADRI – 151333067777ATAU

 

2. RHB BANK : VISION CONSULTANT SDN BHD – 25118800003726

 

Selepas bank in, sila sms maklumkan kepada kami di talian

 

013-7928412 / 019-777 3843

 

NOTA :

Bayaran deposit akan dikembalikan :

100% jika pembatalan dalam tempoh lebih 7 hari.

50% jika pembatalan penyertaan dalam tempoh 2-7 hari

tidak dikembalikan jika penyertaan dalam tempoh 2 hari dari hari bermula kem.

 

Barang-Barang Keperluan Semasa Kursus

  1. Pakaian biasa untuk aktiviti di dalam dewan
  2. Pakaian aktiviti luar (outdoor).
  3. Pakaian solat seperti telekung, kain pelekat, baju melayu, kopiah/songkok,
  4. Peralatan mandi seperti ubat gigi, berus gigi, syampoo, sabun mandi. (gayung atau baldi tidak perlu dibawa)
  5. Kasut sukan dan selipar.
  6. Ubat-ubatan peribadi seperti ubat sakit semput, ubat gatal, ubat mengelakkan nyamuk dsb. Lingkaran nyamuk tidak dibenarkan sama sekali.
  7. Lampu picit.( lilin tidak dibenarkan sama sekali)
  8. Alat tulis seperti pen, pensel, alatan mewarna dsb. (walaubagaimanapun, kami memang menyediakan alatan tulis, cuma untuk tambahan para peserta sendiri mengikut kreativiti dan keselesaan mereka)

Barang-Barang Yang Dilarang Dibawa Ke Dalam Kem

1. Peralatan yang tajam seperti pisau dsb

2. Duit dalam kuantiti yang banyak

3. Telefon tangan (handphone) atau alat-alat telekomunikasi yang lain. Jika ada keperluan menelefon ibu dan ayah/penjaga, boleh menggunakan telefon fasilitator.

4. Barang-barang kemas dan barang berharga yang lain.

5. Rokok

6. Komputer riba dan alat elektronik seperti ipad, psp dan sebagainya

7. seluar Jeans

*Segala peraturan yang telah ditetapkan ini adalah demi keselamatan para peserta dan keselamatan barang-barang tersebut. Jika berlaku sebarang kehilangan atau kecurian barang,pihak kami tidak akan bertanggungjawab.Sekian terima kasih.

 

NOTA UNTUK PESERTA PEREMPUAN

1. WAJIB MENUTUP AURAT DAN BERTUDUNG