Kem Cuti Sekolah 2017

kem cuti sekolah mac 2017
 

Kem Cuti Sekolah 2017 – KEM SMART 3A

Kem Cuti Sekolah 2017 – VISION MEPS CONSULTANT (KEM SMART 3A) kembali lagi!! Jom hantarkan anak-anak anda untuk mengikuti pengalaman yang paling bermakna semasa cuti sekolah ini.

KEM SMART 3 A – AKHLAK, AKIDAH, AKADEMIK

2017

Sudah betahun-tahun kami mengendalikan kem smart 3A ini. dengan jumlah “like” sudah melebihi 40,000 di facebook fan page kami membuktikan bahawa pengalaman kami mengendalikan kem cuti sekolah ini.

rujuk pada lama web facebook kami www.facebook.com/kursuscutisekolah untuk melihat keterangan dan brosur. sila hubungi kami untuk mendaftar. PENDAFTARAN ADALAH TERHAD. SIAPA CEPAT DIA DAPAT!! BIARLAH ANAK-ANAK TUAN PUAN MENDAPAT PENGISIAN YANG BERGUNA SEMASA CUTI SEKOLAH NANTI.

APA KATA IBU BAPA TENTANG KEM SMART 3A INI??

KEM SMART3A - TESTIMONI1

KEM SMART3A - TESTIMONI 2

KEM SMART3A - TESTIMONI 3

KEM SMART3A - TESTIMONI 4

JOM DAFTAR ??  >>>DAFTAR KEM CUTI SEKOLAH DI SINI<<<

LOKASI PROGRAM ADALAH SEPERTI BERIKUT

  1. 19-20 MAC 2017            –  SAVANNAH HILL RESORT, ULU TIRAM, JOHOR
  2. 22-23 MAC 2017            –  RANTAU AGRO PARK, RANTAU, NEGERI SEMBILAN
  3. 24-25 MAC 2017            –  LUBUK MANGGIS CAMP, HULU LANGAT, SELANGOR

ANTARA PENGISIAN MENARIK

SLOT KEIBUBAPAAN (SLOT DI AKHIR PROGRAM)


IMG-20140923-WA0024
Perkongsian kepada para ibu bapa tentang isu pengorbanan, hadith Rasulullah SAW berkenaan pendidikan anak-anak, psikologi anak lelaki dan anak perempuan, bagaimana membantu anak-anak dalam proses pembelajaran mereka dan sebagainya.

DSC03661_800x600

SMART SOLAT, SOLAT DHUHA
DSC03905_800x600

Slot berkongsi tentang kebaikan solat dari segi Sains bermula dari berwudu’ hingga ke akhir solat. Pelbagai kajian telah dilakukan untuk membuktikan bahawa ibadah solat akan membawa kebaikan kepada pelakunya. Walaupun Solat itu dikerjakan dengan niat kerana Allah Taala, tetapi kebaikan solat akan kembali kepada sesiapa yang melakukannya.

AKTIVITI MENINGKATKAN KEYAKINAN DAN KEBERANIAN DIRI (FIREBALL)


bola api 3 bola api 2WALK ON FIRE

Anak-anak anda memiliki sifat penakut yang melampau? Hantarkan ke kem kami kerana kami ada modul meningkatkan keyakinan dan keberanian diri. Lihat sahajalah apa yang ditunjukkan dalam gambar di atas. Mudah-mudahakan selepas kem, anak anda akan menjadi hebat dan berani dalam kebenaran kerana Manusia ini sememangnya hebat.

Ini merujuk kepada surah Al-Tiin ayat ke -4 yang bermaksud:

” Allah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian”

Oleh sebab itu, ada rahsia disebalik aktiviti yang akan dirungkaikan oleh kami.

InshaAllah selamat.

TERAPI SENI – (TERAPI EMOSI)

Terapi seni adalah suatu kaedah terapi terkini yang menggunakan lukisan seni sebagai wadah untuk membantu para peserta dalam ekspressi kehidupan mereka. Sangat bermanfaat untuk membantu para pelajar dalam menghadapi masalah mereka.

TERAPI SENI

TERAPI SENI

terapi seni

BACAAN YAASIN DAN AL-MA’THURAT

Para peserta akan didedahkan dengan bacaan surah Yaasin dan bacaan Al-Ma’thurat yang baik untuk diamalkan waktu pagi dan waktu petang.

 TEKNIK INGATAN KREATIF

Teknik yang menggabungkan beberapa teknik dalam mengingat secara kreatif dan pantas.

Lihat video di atas bagaimana pelajar dalam kategori pelajar belakang boleh menghafal dengan teknik ini.

Ini adalah lagu yang dimainkan versi perlahan..

TENTATIF KEM SMART 3A (Akidah, Akhlak, Akademik)

Hari pertama

08.30 – 9.30 pg       Pendaftaran pelajar

09.30 – 10.00 pg       Solat Dhuha.

10.00 – 12.30 pg     Marilah berkasih sayang / Ice Breaking

12.30 – 2.00 tgh     Makan tengahari, Solat Zohor

2.00 – 4.30 ptg       “Super Chef”

04.30 – 05.00 ptg    Solat Asar

05.00 – 06.30 ptg    Malaysia Cergas

06.30 – 07.15 ptg    Makan /Tadbir Diri

07.15 – 09.00 mlm   Solat Maghrib, “Smart Solat” dan Solat Isya’

09.00 – 10.30 mlm  “POSITIF THINKING”

10.30 – 11.00 mlm  Minum Malam

11.00 – 12.00 mlm  Mental Warrior

12.00 mlm               Sweet Dream

Hari kedua

05.00 – 05.30 pagi    Bangun Dan Tadbir Diri

05.00 – 07.00 pagi    Qiamullail, Solat Subuh Dan Al-mathurat

07.00 – 08.00 pagi    Malaysia Cergas

8.00 – 8.30 pagi        Sarapan pagi

08.30 – 10.30 pagi   Aktiviti Outdoor

10.30 – 11.00 pagi    Urus tadbir diri

11.00 – 12.30 ptg      Teknik Ingatan Kreatif

12.30 – 02.00 ptg     Makan Tengahari , Solat Zohor

02.00 – 04.00 ptg      Keibubapaan cemerlang ( Slot ibu bapa )

    Terapi EmosiSlot peserta )

04.00 – 4.30 ptg        Perjumpaan ibu bapa peserta

04.30 – 5.00 ptg        Penutup, bersurai

 

SIAPA JURULATIH PROGRAM NI?  😎 

m zul hifdzi baru

MOHD ZUL HIFDZI BIN MOHD NASIR  CH, CHt, CHp

Pengarah Urusan

Sarjana Sains Sosial (Psikologi Perkembangan) UKM

Pakar perkembangan minda

Jurulatih bertauliah PSMB (TTT/ 6469), Spiritual NLP Certification, Certified Hipnotist, Hypnotherapy, HypnoParenting trainer

Berpengalaman sejak 2003

hanuar2

USTAZ MOHD HANUAR BIN MOHD TALIB , CH, CHt, CHp

Pengarah, Vision Group

Spiritual NLP Certification, Certified Hipnotist, Hipnotherapy, HipnoParenting trainer

Penceramah keibubapaan Pertubuhan IKRAM di bawah tajuk “Mahligai Kasih”

Berpengalaman sejak 1998

Hj Nazri

HAJI MOHD NAZRI BIN HAJI YASIN
Pengurus Cawangan (Lembah Klang) Vision Meps Consultant
Degree Usuluddin, Universiti Muktah, Jordan
Sarjana Psikologi Perkembangan, UKM
Calon Ph.D Pembangunan Manusia, UKM

BARANG-BARANG KEPERLUAN SEMASA KURSUS

  • Barang-Barang Keperluan Semasa Kursus
  • Pakaian biasa untuk aktiviti di dalam dewan
  • Pakaian aktiviti luar (outdoor).
  • Pakaian solat seperti telekung, kain pelekat, baju melayu, kopiah/songkok,
  • Peralatan mandi seperti ubat gigi, berus gigi, syampoo, sabun mandi. (gayung atau baldi tidak perlu dibawa)
  • Kasut sukan dan selipar.
  • Ubat-ubatan peribadi seperti ubat sakit semput, ubat gatal, ubat mengelakkan nyamuk dsb. Lingkaran nyamuk tidak dibenarkan sama sekali.
  • Lampu picit.( lilin tidak dibenarkan sama sekali)
  • Alat tulis seperti pen, pensel, alatan mewarna dsb.

Barang-Barang Yang Dilarang Dibawa Ke Dalam Kem

1. Peralatan yang tajam seperti pisau dsb

2. Duit dalam kuantiti yang banyak

3. Telefon tangan (handphone) atau alat-alat telekomunikasi yang lain. Jika ada keperluan menelefon ibu dan ayah/penjaga, boleh menggunakan telefon fasilitator.

4. Barang-barang kemas dan barang berharga yang lain.

5. Rokok

6. Komputer riba dan alat elektronik seperti ipad, psp dan sebagainya

7. seluar Jeans

*Segala peraturan yang telah ditetapkan ini adalah demi keselamatan para peserta dan keselamatan barang-barang tersebut. Jika berlaku sebarang kehilangan atau kecurian barang,pihak kami tidak akan bertanggungjawab.Sekian terima kasih.

 

NOTA UNTUK PESERTA PEREMPUAN

1. WAJIB MENUTUP AURAT DAN BERTUDUNG

 

 CARA PENDAFTARAN:

  1. DAFTAR ONLINE DI BORANG DI BAWAH YANG KAMI SEDIAKAN
  2. BUAT BAYARAN SEPERTI YANG TERTERA DI BAWAH
  3. whatsappkan bukti pembayaran di talian  019- 300 9181 atau   018 – 389 6181

YURAN RM199 SEORANG

 Daftar berkumpulan

3 orang = RM190 seorang

Yuran termasuk:

  1. Pengisian program termasuk nota, beg program, button badge.
  2. Penginapan 2 hari 1 malam di kem
  3. Jamuan di kem 
  4. Percuma Ceramah Keibubapaan pada akhir program

Bayaran boleh dibuat kepada akaun

 

1.maybankMAYBANK : VISION MEPS CONSULTANT & ENTERPRISE – 551 333 537 315

Selepas bank in, sila whatsapp maklumkan kepada kami di talian  019- 300 9181 /   018 – 389 6181

NOTA :

Pembatalan kehadiran;

Bayaran deposit akan dikembalikan jika

Pembatalan kurang dari 10 hari, deposit akan dipulangkan 50%

Pembatalan kurang 7 hari, deposit tidak akan dipulangkan.

Cepat!! daftarlah segera ke Kem Cuti Sekolah 2016 – Kem Smart 3A kami ini!!

JUMPA ANDA DI SANA!!

BORANG PENDAFTARAN KEM SMART3A

Yuran: RM199 seorang .

Nombor HP : 019- 300 9181 /   018 – 389 6181

NOMBOR TELEFON : 07 – 255 0393

JUMPA ANDA DI SANA!!