Program cuti sekolah Mac 2014

 

Assalamualaikum wbt

Didoakan semua ceria-ceria sahaja..

Apa aktiviti anak-anak tuan/puan waktu cuti sekolah Mac nanti? 😉

Apa kata hantarkan anak tuan/puan ke kem cuti sekolah kami

 

kem cuti sekolah johor, melaka, kuala lumpur

kem cuti sekolah johor, melaka, kuala lumpur

rujuk pada lama web facebook kami www.facebook.com/kursuscutisekolah untuk melihat keterangan dan brosur. sila hubungi kami untuk mendaftar.

 

PENDAFTARAN ADALAH TERHAD. SIAPA CEPAT DIA DAPAT!!

 

BIARLAH ANAK-ANAK TUAN PUAN MENDAPAT PENGISIAN YANG BERGUNA SEMASA CUTI SEKOLAH NANTI.

 Antara Pengisian yang akan dijalankan

SLOT KEIBUBAPAAN

Perkongsian kepada para ibu bapa tentang isu pengorbanan, hadith Rasulullah SAW berkenaan pendidikan anak-anak, psikologi anak lelaki dan anak perempuan, bagaimana membantu anak-anak dalam proses pembelajaran mereka dan sebagainya.

BIJAK BISNES

cilikbistari01    cilikbistari02DSC03988_800x600 DSC04016_800x600

Permainan Cilik Bistari akan mendidik anak-anak anda untuk minat terhadap dunia perniagaan. Ini akan menjadikan mereka berjiwa usahawan semenjak di usia remaja lagi. Anak-anak yang berjiwa usahawan akan sentiasa pantas, rajin, merebut peluang, dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

SMART SOLAT

DSC03905_800x600

Slot berkongsi tentang kebaikan solat dari segi Sains bermula dari berwudu’ hingga ke akhir solat.

Pelbagai kajian telah dilakukan untuk membuktikan bahawa ibadah solat akan membawa kebaikan kepada pelakunya. Walaupun Solat itu dikerjakan dengan niat kerana Allah Taala, tetapi kebaikan solat akan kembali kepada sesiapa yang melakukannya.

FIREBALL / WALK ON FIRE

JALAN ATAS BARA DSC03888_800x600

Anak-anak anda memiliki sifat penakut yang melampau? Hantarkan ke kem kami kerana kami ada modul meningkatkan keyakinan dan keberanian diri. Lihat sahajalah apa yang ditunjukkan dalam gambar di atas. Mudah-mudahakan selepas kem, anak anda akan menjadi hebat dan berani dalam kebenaran kerana Manusia ini sememangnya hebat.

Ini merujuk kepada surah Al-Tiin ayat ke -4 yang bermaksud ” Allah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian”

Oleh sebab itu, ada rahsia disebalik aktiviti yang akan dirungkaikan oleh kami. InshaAllah selamat. ( kami sudah mengendalikan slot ini sejak tahun 2003 lagi).

 

 BIJAK BELAJAR

Slot teknik belajar berkesan di dalam kelas. Antara pengisian yang akan dimasukkan di dalam slot ini ialah

1. Teknik memberi tumpuan.

2. Teknik merangsang guru untuk mengajar.

3. Teknik menulis nota.

 

 TEKNIK INGATAN KREATIF

Teknik ini diadun oleh kami sendiri dengan menggunakan pelbagai teknik yang popular seperti

Imaginasi, Novel, Gambaran, Akronim, Tanda tanya, Akoustik, dan Nota kecil.

Pengalaman kami, budak darjah 6 yang terkebelakang di dalam kelas juga mampu mengingat 20 perkataan dalam beberapa minit sahaja!!!.

PENGUCAPAN AWAM

 

 

bercakap

Slot pengucapan awam adalah slot yang mampu mendidik anak-anak supaya berani bercakap di khayalak. Orang yang mampu bercakap di khalayak akan sentiasa anggap sebagai hebat. Bentuklah sifat pemimpin yang terpendam dalam diri anak anda dengan belajar bercakap di dalam program ini.!!

 

ATURCARA KEM SMART 3A (Akidah, Akhlak, Akademik)  {Cuti Sekolah MAC 2014}

 

 

Hari pertama

  09.00 – 10.30 pg                Pendaftaran pelajar / taklimat

  10.30 – 12.30 tgh               Marilah berkasih sayang

  12.30 – 2.00 tgh                 Makan tengahari, Solat Zohor 

  2.00 – 4.30 ptg                   Smart Learning / Bijak Belajar

  04.30 – 05.00 ptg               Solat Asar

  05.00 – 06.30 ptg               Malaysia Cergas

  06.30 – 07.15 ptg               Makan /Tadbir Diri

  07.15 – 09.00  mlm            Solat Maghrib, Kuliah Maghrib dan Solat Isya’

  09.00 – 10.30  mlm            Manusia sebagai Khalifah, Smart Solat

  10.30 – 11.00  mlm            Minum Malam

  11.00 – 12.00  mlm            Fire Ball

  12.00  mlm                        Sweet Dream

 

Hari kedua

 

05.00 – 05.30  pagi              Bangun Dan Tadbir Diri

05.30 – 07.00  pagi              Solat Subuh Dan Kuliah Subuh

07.00 – 08.00  pagi              Malaysia Cergas

8.00 – 8.30 pagi                   Sarapan pagi

08.30 – 10.30 pagi               Teknik Ingatan Kreatif

10.30 – 11.00 pagi               Minum pagi

11.00 – 12.30 petang            Peta Minda

12.30 – 02.00 petang           Makan Tengahari / solat Zohor

02.00 – 04.30 petang           Bijak Niaga

04.30 – 05.00 petang           Minum Petang

05.00 – 05.15 petang           Solat Asar

05.15 – 06.30 petang           Malaysia cergas

06.30 – 07.15 malam           Emmm sedapnya….

07.15 – 09.00 malam           Solat\ kuliah Maghrib & Solat Isyak

09.00 – 10.30 malam           Mental Warrior

10.30 – 11.00 malam           Minum Malam

11.00 – 12.30  malam          Muhasabah diri

12.30 malam                       Sentuhan embun

 

Hari Ketiga

05.00 – 05.30  pagi              Bangun Dan Tadbir Diri

05.00 – 07.00  pagi              Qiamullail, Solat Dan Kuliah Subuh

07.00 – 08.00  pagi              Malaysia Cergas

08.00 – 08.30  pagi              Sarapan pagi

08.30 – 10.00  pagi              Pengucapan awam cemerlang

10.00  – 10.30  pagi             Minum Pagi

10.30 – 12.00   t/hari            Keibubapaan Cemerlang, penutup 

12.30 tengahari                   Majlis Bersurai

 

 

UNTUK MENDAFTAR SILA ISI BORANG PENDAFTARAN DI BAWAH

[123-contact-form i583074]
Bayaran deposit RM100 seorang adalah diperlukan untuk memastikan tempat peserta dalam kem ini.Bayaran boleh dibuat kepada akaun1. MAYBANK : FAIZAH KADRI – 151333067777   ATAU

2. RHB BANK :  VISION CONSULTANT – 25118800003432

Selepas bank in, sila sms maklumkan kepada kami di talian

013-7928412 / 013-7777019

Barang-Barang Keperluan Semasa Kursus

  1. Pakaian biasa untuk aktiviti di dalam dewan
  2. Pakaian aktiviti luar (outdoor).
  3. Pakaian solat seperti telekung, kain pelekat, baju melayu, kopiah/songkok,
  4. Peralatan mandi seperti ubat gigi, berus gigi, syampoo, sabun mandi. (gayung atau baldi tidak perlu dibawa)
  5. Kasut sukan dan selipar ( sebaik-baiknya kasut sukan yang dibawa adalah yang tahan terhadap air seperti kasut getah kerana aktiviti outdoor kami meliputi aktiviti merentas air dan sungai.)
  6. Ubat-ubatan peribadi seperti ubat sakit semput, ubat gatal, ubat mengelakkan nyamuk dsb. Lingkaran nyamuk tidak dibenarkan sama sekali.
  7. Lampu picit.( lilin tidak dibenarkan sama sekali)
  8. Alat tulis seperti pen, pensel, alatan mewarna dsb. (walaubagaimanapun, kami memang menyediakan alatan tulis, cuma untuk tambahan para peserta sendiri mengikut kreativiti dan keselesaan mereka)

 

Barang-Barang Yang Dilarang Dibawa Ke Dalam Kem

 

1. Peralatan yang tajam seperti pisau dsb

2. Duit dalam kuantiti yang banyak

3. Telefon tangan (handphone) atau alat-alat telekomunikasi yang lain. Jika ada keperluan menelefon ibu dan ayah/penjaga, boleh menggunakan telefon fasilitator.

4. Barang-barang kemas dan barang berharga yang lain.

5. Rokok

6. Komputer riba dan alat elektronik seperti ipad, psp dan sebagainya

 

*Segala peraturan yang telah ditetapkan ini adalah demi keselamatan para peserta dan keselamatan barang-barang tersebut. Jika berlaku sebarang kehilangan atau kecurian barang,pihak kami tidak akan bertanggungjawab.Sekian terima kasih.


***BARANG TAMBAHAN UNTUK PESERTA KEM DI MASJID SELAT, MELAKA.***

1. Bantal dan selimut.

2. pinggan plastik

3. gelas plastik/cawan plastik.

PETA KEM

 

NUR LEMBAH PANGSUN, HULU LANGAT

peta nlp

 

 

PETA KE MASJID SELAT, MELAKA

 

peta masjid selat

 

PETA KE TIRAM INDAH VILLAGE, ULU TIRAM, JOHOR

peta ke tiram indah