Mohd Zul Hifdzi Bin Mohd Nasir ialah Pengarah Urusan di Vision Meps Consultant .
Beliau mendapat pendidikan di SMK Agama Johor Bahru dan melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia dalam bidang Teknologi Industri. Selepas mendapat Ijazah pertama (2003), beliau bekerja di Shimano dan juga di Wheels Electronic Mfg Sdn Bhd sebagai seorang Jurutera Kualiti. Pada tahun 2015 pula, beliau telah dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana (kepujian) dalam bidang Psikologi Perkembangan di UKM.
Di dalam bidang latihan, beliau mula-mula melibatkan diri semasa bekerja dengan AMMG Training Services sebagai fasilitator. Kemudian dengan niat untuk melibatkan diri dalam bidang latihan, beliau bersama-sama 2 lagi rakannya menubuhkan Vision Consultant pada tahun 2003. Kemudian beliau behenti bekerja daripada pekerjaan jurutera dan melibatkan diri dalam bidang latihan secara sepenuh masa. Kemudian beliau menubuhkan pula Vision Meps Consultant . Kini beliau juga menjadi pengarah Zulfa Motor iaitu perniagaan penyewaan kenderaan dan membawa pelancong.
Di dalam bidang latihan, beliau adalah jurulatih bertauliah dari Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) (no sijil TTT/6469). Beliau juga berkemahiran dalam tajuk-tajuk seperti Program Khalifah Genius -Pengaktifan Otak Tengah, Program Smart 3A (akidah, Akhlak, Akademik), motivasi dan teambuiding, Motivasi Keusahawanan, Penyeliaan berkesan, Clerical / non clerical development programme, Motivasi Pelajar, dan Teknik Ingatan Kreatif.
Antara pengalaman beliau adalah membuat kursus di serata Malaysia dan juga untuk warga Singapura termasuk jabatan kerajaan dan swasta. Antara Jabatan yang pernah mengikuti program bersama beliau adalah seperti KEMAS, Jabatan Pertanian, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Pejabat Pembangunan Negeri, Jabatan Agama Johor, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, UTHM, UTM, GIANT, Perwaja Steel, KPDNKK, dan banyak lagi.