Profil Jurulatih
Coach Zul Hifdzi
Mohd Zul Hifdzi
Coach Mohd Zul Hifdzi dilahirkan di Johor Bahru dan sekarang sudah berkahwin dan dianugerahkan dengan 6 orang anak. mendapat pendidikan di SMK Agama Johor Bahru dan melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia dalam bidang Teknologi Industri. Selepas mendapat Ijazah pertama, beliau bekerja di Shimano dan juga di Wheels Electronic Mfg Sdn Bhd sebagai seorang Jurutera Kualiti.
Di dalam bidang latihan, beliau mula-mula melibatkan diri semasa bekerja dengan AMMG Training Services sebagai fasilitator. Kemudian dengan niat untuk melibatkan diri dalam bidang latihan, beliau bersama-sama 2 lagi rakannya menubuhkan Vision Consultant pada tahun 2003. Kemudian beliau behenti bekerja daripada pekerjaan jurutera dan melibatkan diri dalam bidang latihan secara sepenuh masa. Kini, beliau juga menjadi Ahli Lembaga Pengarah bagi Kumpulan Vision dan juga menjadi pengarah Zulfa Motor iaitu perniagaan penyewaan kenderaan dan membawa pelancong.
Di dalam bidang latihan, beliau adalah jurulatih bertauliah dari Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) (no sijil TTT/6469). Beliau juga berkemahiran dalam tajuk-tajuk seperti Motivasi dan Teambuiding, Motivasi Keusahawanan, Penyeliaan Berkesan, Clerical / non clerical development programme, Motivasi Pelajar, dan Teknik Ingatan Kreatif, Program Pengaktifan Minda, Analisis Personaliti menggunakan Biometrik dan lain-lain lagi

Antara pengalaman Coach Mohd Zul Hifdzi adalah beliau adalah membuat kursus di serata Malaysia dan juga untuk warga Singapura termasuk jabatan kerajaan dan swasta. Antara Jabatan yang pernah mengikuti program bersama beliau adalah seperti KEMAS, Jabatan Pertanian, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Pejabat Pembangunan Negeri, Jabatan Agama Johor, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, UTHM, UTM, GIANT, Perwaja Steel, Toyota Logistic, Firstwide, Proton dan banyak lagi.
Pengalaman yang diraih sejak menjalankan kursus motivasi dan pembangunan insan sejak 2003 lagi. Dengan pengalaman yang sangat luas, beliau mampu mengendalikan kursus-kursus untuk peserta yang muda seperti pelajar-pelajar sekolah hinggalah peserta dewasa seperti di jabatan kerajaan dan swasta.