Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

10 kebaikan yang ada pada Habbatus Sauda by MagicBlue menjadikan ianya makanan kesihatan terbaik seisi keluarga.

habbatus sauda biji
Habbatus sauda atau habbatussauda (Jawi: الحبة السوداء,[2] nama ilmiah: Nigella sativa) ialah sejenis tumbuhan berbunga tahunan yang tumbuh secara aslinya di Asia Selatan dan Asia Barat Daya. Ia mempunyai ketinggian berukuran 20–30 cm (7.9–11.8 in), manakala struktur daunnya halus dan lurus (tetapi tidak berbentuk seperti jarum). Bunganya halus, biasanya berwarna putih dan atau biru ceraka dengan 5 hingga 10 kelopak.
 
Buahnya bersaiz besar berbentuk kapsul yang mengandungi tiga hingga tujuh folikel berpadu, setiap satunya mengandungi biji hitam yang digunakan sebagai rempah dan bahan perubatan.
 
Biji habbatus sauda juga diproses atau dikisar sehingga keluar minyaknya dan dimakan untuk tujuan kesihatan atau perubatan tradisional. Ia lebih dikenali sebagai minyak habbatus sauda dan digunakan untuk merawat kencing manis.

Jom tonton apa pandangan Pakar dan Ustaz tentang Habbatus Sauda by MagicBlue

PENERANGAN OLEH FOUNDER MAGIC BLUE

Ustaz Kazim Elias

Review oleh Imam Muda Hassan

Review oleh PU Riz

Ikhtiar bekas pesakit Co.bid 19 menggunakan Habbatus Sauda

Kelebihan Habbatus Sauda

Review oleh Hazamin Inteam

HABBATUS SAUDA MERAWAT ANXIETY

JOM MULA MENGAMALKAN PEMAKANAN HABBATUS SAUDA KELUARAN MAGIC BLUE 

MENGAPA HABBATUS SAUDA SANGAT LUAR BIASA?

KEPUTUSAN KAJIAN TERHADAP HABBATUS SAUDA KELUARAN MAGIC BLUE

  • Peningkatan 6 kali ganda TYMOQUINONE berbanding baseline sebelum diproses
  • Pengesahanan Habbatussauda mexblu 100% tiada campuran.
  • Tiada kewujudan bakteria & bahan kimia berbahaya.

Khasiat Habbatus Sauda

Habbatus Sauda by MagicBlue

10 khasiat Habbatus Sauda by MagicBlue – artikel diambil dari https://rootofscience.com/blog/2021/kesihatan/pemakanan/khasiat-habbatus-sauda/

1. Antioksida

Habbatus sauda kaya dengan bahan-bahan antioksida seperti flavonoids, folifenol dan thymoquinone, carvacrol, t-anethole dan 4-terpineol. Ini menjadikan habbatus sauda sebagai bahan antioksida yang baik untuk melawan radikal bebas yang berpunca daripada pencemaran, cahaya matahari dan bahan kimia. Aktiviti antioksida ini dapat melindungi sel dan tubuh badan daripada kerosakan

2. Mengawal paras gula dalam darah

Memandangkan habbatus sauda juga sejenis tumbuhan berbiji, ia turut menunjukkan kesan antihipoglisemik. Petai telah menunjukkan kesan yang baik terhadap kawalan gula darah dalam kedua-dua kajian yang melibatkan manusia dan haiwan.

Terdapat satu kajian pemberian minyak habbatus sauda sebanyak 1.5 dan 3ml/hari terhadap pesakit diabetes selama 20 hari. Keputusan yang diterima agak memberangsangkan apabila paras gula darah menurun.

3. Menurunkan paras kolesterol

Kolesterol dihasilkan sebanyak 70% dalam badan kita dan selebihnya ia datang daripada sumber makanan. Umum mengetahui, kolesterol terbahagi kepada dua iaitu LDL (kolesterol jahat) dan HDL (kolesterol baik). Peningkatan kolesterol jahat dalam tubuh merisikokan kita untuk mendapat penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok.

Habbatus sauda merupakan sumber makanan yang baik untuk mengawal dan menurunkan paras LDL. Komponen serat yang terkandung dalam habbatus sauda menjadi salah satu faktor ia memberi kesan efektif terhadap pengawalan paras kolesterol.

4. Mengawal tekanan darah

Habbatus sauda mengandungi mineral yang berfungsi dalam pengawalan tekanan darah seperti kalium dan sodium. Kalium mempunyai sifat berlawanan dengan sodium iaitu merendahkan tekanan darah.

Jika dilihat pada kandungan nutrisi, kalium lebih tinggi berbanding sodium, ini menjadikan habbatus sauda adalah sumber makanan anti-hipertensi yang baik.

5. Bertindak sebagai anti-radang

Kajian menunjukkan minyak habbatus sauda mempunyai sifat yang boleh melawan keradangan. Dalam satu kajian menunjukkan bahawa minyak habbatus sauda memiliki kesan baik sama seperti ‘painkiller’.

Walaupun banyak kajian telah dilakukan terhadap haiwan dan ia menunjukkan impak positif dalam mengurangkan kesan radang, lebih banyak kajian terhadap manusia yang perlu dilakukan untuk membuktikan keberkesanannya.

6. Aktiviti antimikrobial

Aktiviti antimikrobial bermaksud aktiviti yang menghalang atau merencatkan pertumbuhan mikroorganisma seperti bakteria dan virus. Habbatus sauda dikatakan mampu merencatkan pertumbuhan bakteria seperti Escherichia coli, Pseudomonas aeruginosa, Salmonella enteritidis, and Serratia marcescens.

Bakteria-bakteria ini dikategorikan sebagai bakteria yang berbahaya kepada kesihatan kerana menjadi punca beberapa penyakit seperti keracunan makanan. Maka, jika pertumbuhan bakteria-bakteria dapat direncatkan, risiko jangkitan penyakit dapat dikurangkan.

7. Anti-fungal

Habbatus sauda juga dikatakan dapat merencatkan pertumbuhan fungi. Fungi juga merupakan sejenis mikroorganisma yang hidup dengan kehadiran air atau kelembapan dan udara. Terdapat 3 jenis kompaun dalam habbatus sauda iaitu TQ, thymohydroquinone, dan thymol yang dikatakan memberi kesan terhadap kulat, fungi dan yis.

Menurut kajian ini lagi, habbatus sauda juga boleh dijadikan potensi sebagai bahan pengawet semula jadi pemakanan supaya tidak cepat rosak dan basi.

8. Anti-kanser

Habbatus sauda yang kaya dengan bahan antioksida seperti vitamin dan kompaun bioaktif berpotensi untuk memelihara kesihatan sel dan bertindak untuk menghalang pembentukan sel tidak normal seperti kanser.

Menurut kajian, thymoquinone (TQ) iaitu kompaun bioaktif mempunyai fungsi yang paling utama dalam mengurangkan risiko tumor dan pembiakan sel abnormal kanser.

9. Penjagaan kesihatan perut dan penghadaman

Perut adalah organ yang penting dalam sistem penghadaman manusia. Ulser adalah salah satu masalah kesihatan yang sering dialami oleh individu yang mengakibatkan gastrik dan ketidakselesaan.

Dalam satu kajian terhadap haiwan, 20 tikus yang menghidapi ulser di perut telah dirawat dengan menggunakan habbatus sauda.

Ia menunjukkan kesan pulih sebanyak 83% terhadap tikus-tikus terbabit dan memiliki peratusan keberkesanan hampir sama seperti ubat biasa yang digunakan untuk merawat ulser.

Walau bagaimanapun, masih banyak kajian perlu dilakukan terutamanya ujian klinikal bagi mengkaji impaknya terhadap manusia.

10. Bertindak pada masalah kesuburan lelaki

Masalah ketidaksuburan boleh memberi implikasi besar terhadap pembinaan sesebuah keluarga. Sperm yang abnormal adalah punca masalah ketidaksuburan pada lelaki. Menurut kajian yang dijalankan, kaedah terbaik untuk mengatasi masalah sperm abnormal adalah dengan memberi rawatan menggunakan bahan antioksida.

Habbatus sauda dikatakan sebagai salah satu potensi herba atau kaedah tradisional yang boleh membantu dalam masalah ketidaksuburan lelaki kerana kandungan antioksidanya yang tinggi.

Habbatus sauda telah banyak digunakan dalam pemakanan seharian kita terutamanya dalam bentuk produk-produk komersial yang dijual di pasaran. Semua makanan mempunyai manfaat masing-masing. Rebut peluang untuk mengamalkan pemakanan sihat untuk penjagaan kesihatan secara menyeluruh.

Banyak lagi kelebihan Habbatus Sauda by MagicBlue seperti yang disebut di dalam artikel di https://www.rihura.com/20-kelebihan-habatussauda-untuk-kesihatan-anda/

Habbatus Sauda by MagicBlue

Cara Pengambilan Habbatus Sauda

Cara pengambilan Habbatus Sauda Magic Blue

  • Untuk kanak-kanak (2-5 tahun) : 1/3 kapsul
  • Untuk kanak-kanak (6-9 tahun) : 1/2 (separuh) kapsul
  • Untuk Remaja (10-18 tahun) : 1 biji kapsul
  • Untuk Dewasa : 2 biji kapsul
  • Untuk Warga Emas : 2 biji kapsul

Info penting

  1. Makan waktu pagi sebelum sarapan ATAU mala sebelum tidur
  2. Untuk pengguna pertama kali boleh cuba 1 biji sehari dan jarakkan beberapa hari
  3. Minum air kosong dengan banyak. Badan akan terasa hangat
  4. JIka anda makan supplemen atau ubat hospital, sila jarakkan 2 jam sebelum / selepas makan ubat doktor
  5. Cara untuk bayi mendapat khasiat habbatussauda adalah melalui susu ibunya yang mengamalkan habbatus sauda

Habbatus Sauda By MagicBlue diluluskan oleh KKM

KKM APPROVED - HABBATUS SAUDA
botol baru
mohd zul hifdzi

Agen Habbatus Sauda Keluaran Magic Blue

MOHD ZUL HIFDZI BIN MOHD NASIR

AGEN KOD : 006851

Setiap Pembelian 5 unit, PERCUMA 1 unit

TEMPAH ONLINE SEKARANG!!

Tekan butang add to cart di bawah ini

Rating
5/5

Availability: 143 in stock

Shopping Cart