PROGRAM CUTI SEKOLAH KHALIFAH GENIUS -
TERAPI & MOTIVASI JIWA (TMJ)
KHAS UNTUK ANAK-ANAK
Jika anak anda menghadapi masalah
- Tidak Fokus
- Lemah mata pelajaran
- Sahsiah lemah
- Tiada motivasi belajar
- Kurang teknik belajar berkesan
- Lambat mengingat
- Cepat lupa
Anak anda perlu dibantu dengan Program Terapi & Motivasi Jiwa dari kami
MACAM MANA PROGRAM TERAPI DAN MOTIVASI JIWA INI BERLAKU?
Ilmu yang dipraktikkan di dalam program ini melibatkan beberapa cabang ilmu iaitu:
- Ilmu Agama
- Ilmu Neuroscience ( Sains Otak )
- Ilmu Psikologi / Terapi
- Teknik Senaman
- Teknik Zikir dan penggunaan Zikir Asmaul Husna
KELEBIHAN SELEPAS MENGIKUTI PROGRAM
INSHA ALLAH
- MOTIVASI BELAJAR MENINGKAT
- TEKNIK BELAJAR MENINGKAT
- MINDA LEBIH CERDAS, SAHSIAH LEBIH BAIK
- DAYA FOKUS MENINGKAT
- DAYA BERFIKIR LEBIH BAIK
- BAKAT LEBIH TERSERLAH
- EMOSI DIRI LEBIH STABIL
Jurulatih Utama
MOHD ZUL HIFDZI BIN MOHD NASIR (CH, CHt, CHp)
Pengarah, Vision Meps Consultant & Enterprise
- Sarjana Sains Sosial (Psikologi Perkembangan) UKM
- Jurulatih bertauliah PSMB (TTT/ 6469)
- Spiritual NLP Certification
- Certified Hipnotist, Hypnotherapy, HypnoParenting trainer
- Certified PsychoBiometric FingerPrint Analysis (2017)
- Certified Neuro Psychology (PEKA 2022)
Biodata
Mohd Zul Hifdzi Bin Mohd Nasir ialah Pengarah Urusan di Vision Meps Consultant .
Beliau mendapat pendidikan di SMK Agama Johor Bahru dan melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia dalam bidang Teknologi Industri. Selepas mendapat Ijazah pertama (2003), beliau bekerja di Shimano dan juga di Wheels Electronic Mfg Sdn Bhd sebagai seorang Jurutera Kualiti. Pada tahun 2015 pula, beliau telah dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana (kepujian) dalam bidang Psikologi Perkembangan di UKM.
Di dalam bidang latihan, beliau mula-mula melibatkan diri semasa bekerja dengan AMMG Training Services sebagai fasilitator. Kemudian dengan niat untuk melibatkan diri dalam bidang latihan, beliau bersama-sama 2 lagi rakannya menubuhkan Vision Consultant pada tahun 2003. Kemudian beliau behenti bekerja daripada pekerjaan jurutera dan melibatkan diri dalam bidang latihan secara sepenuh masa. Kemudian beliau menubuhkan pula Vision Meps Consultant . Kini beliau juga menjadi pengarah Zulfa Motor iaitu perniagaan penyewaan kenderaan dan membawa pelancong.
Di dalam bidang latihan, beliau adalah jurulatih bertauliah dari Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) (no sijil TTT/6469). Beliau juga berkemahiran dalam tajuk-tajuk seperti Program Khalifah Genius -Pengaktifan Otak Tengah, Program Smart 3A (akidah, Akhlak, Akademik), motivasi dan teambuiding, Motivasi Keusahawanan, Penyeliaan berkesan, Clerical / non clerical development programme, Motivasi Pelajar, dan Teknik Ingatan Kreatif.
Antara pengalaman beliau adalah membuat kursus di serata Malaysia dan juga untuk warga Singapura termasuk jabatan kerajaan dan swasta. Antara Jabatan yang pernah mengikuti program bersama beliau adalah seperti KEMAS, Jabatan Pertanian, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Pejabat Pembangunan Negeri, Jabatan Agama Johor, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, UTHM, UTM, GIANT, Perwaja Steel, KPDNKK, dan banyak lagi.
Profil Penceramah
MODUL – MODUL DALAM PROGRAM INI
1. TEKNIK FOKUS
Teknik ini adalah penting kerana untuk melatih deria-deria manusia agar lebih bertumpu pada sesuatu aktiviti yang dijalankan.
Otak manusia mendapat maklumat untuk diproses dari deria-deria manusia iaitu:
- Penglihatan
- Pendengaran
- Hidu
- Rasa
- Sentuhan
5 Deria yang asas dan ditambah dengan deria tambahan iaitu
- Gerak hati
Dalam aktiviti ini, para peserta akan dilatih untuk kekalkan fokus pada deria-deria yang perlu pada ketika itu, dan untuk abaikan sementara deria-deria yang tidak perlu ketika sesi pembelajaran berlangsung.
2. SENAMAN MINDA
- Lobus PreFontal
- Lobus Frontal
- Lobus Temporal
- Lobus Parietal
- Lobus Occipital
Dalam aktiviti ini, para peserta akan belajar tentang bagaimana melakukan senaman minda untuk mengaktifkan keseluruhan otak sama ada otak kiri dan juga otak kanan.
3. SENAMAN KETENANGAN
Dengan mempelajari senaman ini, para peserta boleh praktikkan di rumah, semasa sebelum belajar, sebelum menjawab kertas peperiksaan dan sebagainya.
InshaAllah apabila hati lebih tenang, otak akan lebih senang berfikir dan mengeluarkan segala maklumat yang diperlukan dan tersimpan di dalam otak.
4. TERAPI MINDA DAN JIWA
Selain itu, pada ketika ini, para peserta akan mendapat saranan-saranan yang positif dari jurulatih ke dalam minda bawah sedar mereka.
InshaAllah Minda peserta akan lebih cerdas dan cergas, jiwa mereka lebih tenang dan dapat membantu pembentukan sahsiah yang lebih baik.
CONTOH MAKLUMBALAS IBU BAPA YANG PERNAH MENGHANTAR ANAK KE BENGKEL KHALIFAH GENIUS – PENGAKTIFAN MINDA INI.
Jika anak anda termasuk dalam kelompok ada masalah sahsiah? Bagaimana bengkel ini boleh membantu?
Peningkatan sahsiah
Alhamdulillah, banyak perubahan dari segi sahsiah, akhlak, penghafalan, akademik.
Jika anda nak anak anda juga mengalami pengalaman terbaik dalam dan selepas program, jom ikuti program kami
Perubahan sikap
En Azlan dan Puan Afizah , adalah merupakan ibubapa kepada adik Amir (tingkatan 5).
Sebelum Amir mengikuti program Khalifah Genius, beliau merupakan anak yang nakal, selalu keluar malam, berambut panjang, dan panas baran, dan tidak memikirkan tentang pelajaran. Solat juga tidak rajin dilakukan.
Alhamdulillah, setelah program sehari Khalifah Genius, kami telah terapikan beliau, dan beliau mendapat kesedaran.
Selepas balik dari program, beliau telah memotong rambutnya, tidak keluar malam, panas barannya telah hilang, telah lebih rajin solat dan belajar.
Alhamdulillah, semuanya atas izin Allah SWT. Hidayah itu milik Allah. Kami hanya bantu sahaja.
Dari belum boleh membaca --> pelajar terbaik
Seorang ibu yang risau anaknya belum boleh membaca, telah menghantar anak ke program ini. Alhamdulillah anaknya telah berjaya membaca dan berubah menjadi pelajar terbaik di tadikanya.
Peningkatan akademik
Alhamdulillah.
“Keseluruhan program kami adalah membantu peserta untuk kembali kepada fitrah manusia, mengajak semua taat pada Allah dan Rasul SAW. InshaAllah”
PELAJAR ANDA LEMAH DARI SEGI AKADEMIK DAN SAHSIAH?
InshaAllah, dengan mengaktifkan minda, belajar teknik belajar dan teknik fokus, para peserta dapat lonjakkan
kemampuan otak mereka. Kami tambahkan lagi dengan motivasi belajar supaya mereka lebih bersemangat untuk belajar kerana Allah Taala.
Menurut kajian Neurosains (Sains Otak) kemampuan otak manusia akan meningkat setinggi 35%
apabila mereka melakukan aktiviti-aktiviti tertentu dalam rutin harian mereka. Aktiviti tersebut ada
di dalam program kami!!
Testimoni A
Testimoni B
Testimoni C
Testimoni D
Testimoni E
Testimoni F
JIKA PELAJAR ANDA SANGAT LEMAH? ATAU PELAJAR KHAS ADA MASALAH SEPERTI AUTISM, ADHD, DISLEKSIA?
Ini merupakan maklumbalas ibu yang dianugerahkan anak yang sangat lemah. Darjah 4 baru merangkak nak membaca. Hadir ke program kami 2 kali sahaja. Alhamdulillah perubahan yang sangat ketara pada diri anak beliau.
Kita hanya berusaha membantu anak-anak, Allah yang tentukan hasilnya bagaimana..
Tentatif Program
HARI PERTAMA
JAM | AGENDA |
8.30 PAGI | PENDAFTARAN, KEHADIRAN PESERTA |
9.00 – 10.00 | Ice Breaking, regangan kesegaran diri, |
10.00 – 10.30 | Minum pagi |
10.30 – 11.00 | Teknik senaman pernafasan , Teknik fokus |
11.00 – 12.00 | Dalam gelap ada sinar |
12.00 – 12.30 | Ujian 1 |
12.30 – 2.00 | Rehat, Jamuan tengahari, Solat Zohor berjemaah |
2.00 – 2.30 | Penyelarasan Tenaga |
2.30 – 3.00 | Aktiviti meningkatkan daya fokus, Senaman minda |
3.00 – 3.30 | “Tunjukkan kami jalan yang lurus” |
3.30 – 4.30 | Ujian 2 |
4.30 – 5.00 | Solat Asar dan Bersurai |